Nissan Sylphy wakil C segmen dari Nissan dan biasanya kereta dari Nissan adalah lembut dan praktikal kecuali kereta sport mereka yang jauh lebih garang dari kereta biasa mereka. Sylphy lebih lembut untuk dipandu berbanding jenama lain seperti Honda, Chevrolet atau Kia tapi untuk prestasi selekohnya tidaklah memberansangkan. Gearnya juga adalah CVT dan buat auto mahupun manual. CVT memberikan lajakan yang lebih lembut tanpa sebarang henjutan kasar seperti manual atau auto walaupun ketika memecut.
Ruang dalamannya yang berwarna cream tidak dilihat terlalu agresif dan lebih tenang. Dengan spesifikasi luzury navi, anda diberi sebuah touch screen lengkap dengan navigasi GPS.
Dibekalkan dengan enjin 2.0 liter dan horsepower cuma 134hp pada 5,200rpm telah membuktikan kereta ini bukanlah jenis high revving dan agresif dan kurang sesuai untuk golongan muda. Walaubagaimanapun untuk golongan yang sukakan kereta jenis santai dan selesa seperti ini, anda boleh memilih bodykit dari IMPUL yang kelihatan agak garang untuk kereta ini.
Mereka yang berkeluarga atau sering membawa kedua ibu bapa mereka dengan kereta anda amat sesuai dengan kenderaan ini. Ianya agak luas, selesa, dan dengan interiornya yang agak tenang dan juga pemanduan yang selesa dibantu oleh gear CVT dan engine low-end nya dan rim 15 inci dan menggunakan tayar yang agak tebal berbanding tayar nipis, amat sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan tidak agresif ketika memandu.
Harga untuk Sylphy adalah seperti berikut:
Sylphy 2.0L X-CVT Comfort RM114,880 otr
Sylphy 2.0L X-CVT Luxury RM118,880 otr
Sylphy 2.0L X-CVT Luxury Navi RM120,380 otr
Sila hubungi 017-2527340 untuk nasihat kenderaan, perbankan dan pembelian. Juga hubungi untuk sebarang tawaran yang berbeza setiap bulan.
Nissan Latio merupakan satu lagi pilihan C segmen dari Nissan. Lebih pendek ukurannya dari Sylphy tetapi menawarkan rupa yang lebih agresif dan sporty.
Dengan dua pilihan, hatchback dan sedan, kedua-dua juga mempunyai kapasiti enjin berlainan iaitu 1.6 untuk sedan dan 1.8 untuk hatchback.
Kedua-dua model menawarkan transmisi 4 speed automatik. Dipacu dengan rim aloi 15 dengan saiz 15 inci. Dan seperti kereta Nissan sedan yang lain, ianya enjinnya dicipta untuk perjalanan yang selesa dan anda tidak perlu rev lebih tinggi untuk mendapatkan kuasanya.
Ruang dalaman yang selesa dengan kokpit yang tidak terlalu rumit adalah kebiasaan hampir semua kereta Nissan. Dengan harga RM89,800 untuk sedan 1.6 dan RM99,800 untuk model 1.8 hatchback, ini adalah kereta buatan Jepun dengan harga yang berpatutan bagi C segmen.
Sila hubungi 017-2527340 untuk nasihat kenderaan, perbankan dan pembelian. Juga hubungi untuk sebarang tawaran yang berbeza setiap bulan.