Sunday, 6 November 2011

Proton Sedan C segment

Kereta jenis C segment atau kelas pertengahan bersaiz sederhana.Sesuai untuk mereka yang bercadang untuk memulakan keluarga atau baru sahaja berkeluarga. Mampu memuatkan 4 orang dewasa atau 3 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak, kenderaan ini sesuai untuk keluarga kecil atau mereka yang sering melakukan aktiviti luar yang memerlukan tempat duduk selesa untuk membawa rakan dan keluarga dan ruang tempat letak barang yang luas.


Di Malaysia kereta C segmen yang paling mampu milik adalah Proton Persona, satu-satunya kereta tempatan yang menawarkan saiz C segment dengan harga rendah, serendah RM46,499 untuk jenis manual yang paling asas.


Sentuhan Lotus telah mematangkan kawalan Proton pada masa kini dan kendalian Persona agak baik dan agak selesa walaupun ia berharga sekitar RM50,000 sahaja dibandingkan dengan kereta Malaysia lain yang leb harih kurang harganya tetapi kurang stabil darinya dan tidak mempunyai ruang yang lebih luas dari Persona. Walaubagaimana pun ABS dan EBD cuma ditawarkan pada H-line sahaja manakala Airbag ditawarkan untuk M dan H line.


Dari bayaran RM 4++ hinggalah RM600 sebulan dan kemudahan 0-downpayment untuk beberapa model dan juga "graduation scheme". Ini adalah kenderaan mampu milik untuk anda yang mementingkan rakan-rakan dan keluarga.

RM 46,499 (m) RM 49,499 (a) untuk Base Line
RM 52,499 (m) RM 55,999 (a) untuk Medium Line
RM59,499 (a) untuk High Line

Hubungi 017-2527340 untuk sebarang nasihat kenderaan, perbankan dan pengubahsuaian dan tawaran berbeza yang menanti anda setiap bulan!






Proton telah mengambil langkah untuk kembali menjual kereta Mitsubishi kembali dan menukar logo kepada Proton. Kali ini Mitsubishi Lancer menjadi pilihan Proton dan menukarnya menjadi Inspira. Dan disebabkan Lotus dan R3 masing-masing telah bekerjasama dengan Proton, Inspira terbukti lebih baik dari Lancer di Malaysia. Sistem suspensi diubahsuai menjadikan ianya cukup selesa untuk jalan di Malaysia dan oleh kerana Lotus pakar dalam kawalan kenderaan, Inspira lebih stabil dari Lancer kini.

1.8 manual Inspira dikatakan model terbaik kerana Lancer tidak menjual model manual dan walaupun ia 1.8liter, model ini dikatakan lebih responsive dan lebih pantas dari 2.0 CVT. Lagipun CVT memang tidak direka untuk responsive atau kelajuan kerana CVT lebih kepada penjimatan dan efficiency.

Jika anda bukan seorang yang aggresif dan bukan seorang yang memandu laju melewati selekoh-selekoh tajam, CVT adalah terbaik kerana ia menjimatkan, Jika sebaliknya, pilihlah model manual.

RM78,999 untuk 1.8 manual
RM84,999 untuk 1.8 CVT (auto)
RM91,999 untuk 2.0CVT (auto)

Hubungi 017-2527340 untuk nasihat kenderaan dan perbankan atau pengubahsuaian. Juga hubungi untuk sebarang tawaran berbeza setiap bulan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews