Monday, 7 November 2011

Honda C segment

Honda adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia automotif dan telah menghasilkan banyak kenderaan yang memuaskan hati pelanggang. Honda C segmen di Malaysia cuma ada sebuah model tetapi pelbagai pilihan.




Didatangi dalam 3 pilihan iaitu 1.8s 1.8s-l dan 2.0 s. Di mana 1.8s tidak mempunyai tempat duduk kulit hanya fabric dan tiada butang mengawal radio pada steering kenderaan berkenaan. Beza 1.8 dan 2.0 boleh dilihat pada saiz rim di mana 1.8 menggunakan rim bersaiz 16 manakala 2.0 adala 17inci.

Honda terkenal dengan motonya "the power of dream". Jadi filosofi Honda tetap sama, kuasa dan kelajuan. Honda sangat mementingkan kuasa dan 'soul' yang ada dalam kereta dan enjinnya sehinggakan i-vtec yang diwujudkan untuk keselesaan dan penjimatan masih ada terasa lajakan apabila vtec mula dipacukan.

Kelajuan adalah tidak bermakna jika ia di jalan lurus sahaja, jadi Honda juga mementingkan kelajuan di selekoh dan Civic agak stabil di selekoh namun ia agak kurang selesa di jalan yang tidak rata kerana sistem suspensi yang agak keras.

Civic bukanlan kereta yang paling selesa untuk dipandu namun ia agak memuaskan untuk pemandu dan boleh diterima untuk penumpang. Nama Honda yang gah juga mampu membuat pemakai tersenyum walaupun kos penyelenggaraannya sedikit tinggi dari kereta yang sama dengan harganya.

RM 114,980 1.8s
RM 119,980 1.8s-l
RM 130,980 2.0s
RM 137,980 2.0 concept M seperti di gambar di atas

Hubungi 017-2527340 untuk nasihat kenderaan, perbankan dan pengubahsuaikan kenderaan. Hubuingi untuk sebarang tawaran jika ada.









Kereta berharga hampir RM200,000 yang datang hanya dengan 1 airbag, sistem suspensi yang sangat keras dan tak selesa, tanpa Vehicle Stability Assist (VSA), tanpa cruise control, tak ada fog lamp dan side mirrir turn light, dan tak ada leather seat! takde! semua di atas tidak ada dan kereta ini adalah manual dengan clutch yang agak keras!

Beli kereta mahal dan tak dapat bende mewah seperti di atas? kenapa macam ni?

Honda Civic Typer-R bukanlah dicipta untuk orang biasa yang selalunya memandu kereta biasa. Kereta jenis ini biasanya dibeli untuk satu tujuan iaitu berlumba! Dibeli oleh orang yang mempunyai "racing" dalam darahnya dan jiwanya yang kental itu bagai tertulis di dahinya. Ini bukanlah kereta automatik yang selesa dan laju seperti yang dibayangkan ramai orang. Ia tidak selesa untuk kegunaan harian kecuali bagi mereka yang setiap hari memandu dengan racing clutch pada kereta mereka dan adjustable suspension dengan setting rendah dan keras dan tayar yang nipis. Orang seperti ini akan mengatakan kereta ini selesa.

Jika anda menganggap kereta ini boleh dipandu oleh semua orang anda mungkin silap, jika anda tidak pernah memandu kereta yang dibuahsuai secara ekstrem anda mungkin mengalami sakit belakang dan bengkak yang tidak normal pada kaki kiri anda dan rakan atau keluarga anda tidak akan suka untuk berada dalam kenderaan anda. Kekasih anda mungkin akan meninggalkan anda dan nenek anda akan mengabaikan anda!!

Jika anda sering ke Sepang F1 Circuit, anda akan melihat banyak kereta jenis ini di kiri dan kanan anda kerana mereka yang memiliki kereta ini telah menjadikan tempat berkenaan sebagai tempat meletakkan kenderaan mereka dan kemudian menjalani latihan memandu di liter berkenaan!

RM 199,800 manual 6 kelajuan sahaja

Hubungi  017-2527340 untuk nasihat kenderaan, perbankan dan modifikasi!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews