Thursday, 17 November 2011

Volkswagen C segmen


Wakil dari Jerman yang hanya menawarkan enjin 1.4 liter turbocharge tetapi dengan kuasa memberansangkan iaitu 161hp disarungkan dengan gearbox 7 kelajuan DSG. Ia mendapat banyak review yang baik dari pengkritik dunia. Dengan mileage yang agak baik iaitu 6 liter untuk 100km, Volkswagen boleh dikatakan sebuah kenderaan yang menyenangkan anda memakainya.

Volkswagen menawarkan 5 tahun warranty untuk Jetta 1.4 TSI


Volkswagen Jetta 1.4 TSI RM149,888 OTR

Sila hubungi 017-2527340 untuk nasihat kenderaan dan perbankan.

Ford C segmen





Ford Focus Ghia 2.0L             RM111,888
Ford Focus Sport 2.0L            RM 112,888
FOrd Focus Sport TDCI 2.0L RM128,888

Sila hubungi 017-2527340 untuk nasihat kenderaan, dan perbankan dan juga tawaran berbeza setiap bulan.

Mazda C segmen



Mazda 3 merupakan C segmen dari Jepun yang nampak lebih gah dan menawarkan hiasan dalaman yang agak menarik. Dengan pilihan sedan dan juga hatch back, kedua model merupakan model 4 pintu dan menawarkan spesifikasi enjin 1.6 liter dan 2.0 liter.

Spesifikasi 1.6 liter menawarkan transmisi automatik 4 kelajuan dan rim 16 inci. Kesemua model dilengkapi dengan sistem airbag dan ABS sebagai langkah keselamatan.

Manakala enjin 2.0 liter pula menawarkan transisi 5 kelajuan dengan paddle shifter dan auto cruise. Ia juga datang dengan rim aloi 17 inci.

Model CKD yang lebih berpatutan dan CBU yang lebih kemas memberi anda lebih pilihan untuk kesesuaian anda.



Mazda3 Sport 1.6SDN (BDL4 RAD)1.6L Sedan, 1598 ccRM111,249.00
Mazda3 Sport 1.6HB (BDM7 RAB)1.6L HB, 1598 ccRM116,203.00
Mazda3 Sport 2.0SDN (BDM2 RAC)2.0L Sedan, 1999 ccRM131,249.00
Mazda3 Sport 2.0HB (BDN1 RAC)2.0L HB, 1999ccRM135,999.00
Mazda3 CKD 1.6SDN (BWGD MM1) 1.6L Sedan (GL), 1598 ccRM 99,374.00
Mazda3 CKD 1.6HB (BWGF MM1) 1.6L HB (GL), 1598 ccRM104,653.00
Mazda3 CKD 2.0SDN (BWGE MM1) 2.0L Sedan (GL), 1999 ccRM119,374.50
Mazda3 CKD 2.0HB (BWGG MM1) 2.0L HB (GL), 1999ccRM124,449.50
Mazda3 CKD 2.0HB (BWGG MM1) 2.0L HB (GLS), 1999ccRM130,274.50
 


Sila hubungi 017-2527340 untuk nasihat kenderaan, perbankan dan juga sebarang tawaran berbeza setiap bulan.

Hyundai C segmen


COMING SOON!!

maknanye belum dijual lagi tapi dah dibuka untuk booking! Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Kia Forte dengan harga yang mungkin hampir sama dengan Forte. Harga akan diumumkan tidak lama lagi.

Sila hubungi 017-2527340 untuk booking.

Kia C segmen



Pesaing dari Korea yang lebih menarik. Tapi bile sebut je Korea ramai kata minyak kuat la, kos selenggara tinggi dan senang rosak. Mungkin dulu, masa Kia baru nak belajar buat kereta. Kini di Eropah jenama Hyundai dan Kia lebih gah dan mendapat sambutan ramai.

Forte misalnya telah diterima ramai oleh orang Malaysia. dengan model 1.6 yang kini menawarkan gear automatik 6 kelajuan, reverse camera, rim 17 inci, dan smart key merupakan ciri-ciri yang menarik untuk sebuah kereta dalam lingkungan bawah RM90,000. Forte juga menawarkan enjin 2.0 liter dengan tambahan aksesori seperti tempat duduk kulit, auto cruise, electric motor power steering, dan 6 airbag dengan harga bawah RM100,000 terus menjatuhkan semua pesaing lain dan meletak mereka di belakang.

Kuasa enjin 1.6 agak memberansangkan dan kualiti kawalannya sangat baik dan anda akan dikejutkan dengan kuasa yang dihasilkan oleh enjin 2.0 liternya.

Apatah lagi apabila ia datang dengan warranty 5 tahun tanpa had mileage!

RM78,800 untuk Forte 1.6 EX
RM85,800 untuk Forte 1.6 SX
RM97,800 untuk Forte 2.0 SX

Sila hubungi 017-2527340 untuk nasihat kenderaan, perbankan dan pembelian. Juga hubungi untuk sebarang tawaran yang berbeza setiap bulan.

Nissan C segmen


Nissan Sylphy wakil C segmen dari Nissan dan biasanya kereta dari Nissan adalah lembut dan praktikal kecuali kereta  sport mereka yang jauh lebih garang dari kereta biasa mereka. Sylphy lebih lembut untuk dipandu berbanding jenama lain seperti Honda, Chevrolet atau Kia tapi untuk prestasi selekohnya tidaklah memberansangkan. Gearnya juga adalah CVT dan buat auto mahupun manual. CVT memberikan lajakan yang lebih lembut tanpa sebarang henjutan kasar seperti manual atau auto walaupun ketika memecut.

Ruang dalamannya yang berwarna cream tidak dilihat terlalu agresif dan lebih tenang. Dengan spesifikasi luzury navi, anda diberi sebuah touch screen lengkap dengan navigasi GPS.

Dibekalkan dengan enjin 2.0 liter dan horsepower cuma 134hp pada 5,200rpm telah membuktikan kereta ini bukanlah jenis high revving dan agresif dan kurang sesuai untuk golongan muda. Walaubagaimanapun untuk golongan yang sukakan kereta jenis santai dan selesa seperti ini, anda boleh memilih bodykit dari IMPUL yang kelihatan agak garang untuk kereta ini.

Mereka yang berkeluarga atau sering membawa kedua ibu bapa mereka dengan kereta anda amat sesuai dengan kenderaan ini. Ianya agak luas, selesa, dan dengan interiornya yang agak tenang dan juga pemanduan yang selesa dibantu oleh gear CVT dan engine low-end nya dan rim 15 inci dan menggunakan tayar yang agak tebal berbanding tayar nipis, amat sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan tidak agresif ketika memandu.

Harga untuk Sylphy adalah seperti berikut:

Sylphy 2.0L X-CVT Comfort RM114,880 otr
Sylphy 2.0L X-CVT Luxury RM118,880 otr
Sylphy 2.0L X-CVT Luxury Navi RM120,380 otr

Sila hubungi 017-2527340 untuk nasihat kenderaan, perbankan dan pembelian. Juga hubungi untuk sebarang tawaran yang berbeza setiap bulan.





Nissan Latio merupakan satu lagi pilihan C segmen dari Nissan. Lebih pendek ukurannya dari Sylphy tetapi menawarkan rupa yang lebih agresif dan sporty.

Dengan dua pilihan, hatchback dan sedan, kedua-dua juga mempunyai kapasiti enjin berlainan iaitu 1.6 untuk sedan dan 1.8 untuk hatchback.

Kedua-dua model menawarkan transmisi 4 speed automatik. Dipacu dengan rim aloi 15 dengan saiz 15 inci. Dan seperti kereta Nissan sedan yang lain, ianya enjinnya dicipta untuk perjalanan yang selesa dan anda tidak perlu rev lebih tinggi untuk mendapatkan kuasanya.

Ruang dalaman yang selesa dengan kokpit yang tidak terlalu rumit adalah kebiasaan hampir semua kereta Nissan. Dengan harga RM89,800 untuk sedan 1.6 dan RM99,800 untuk model 1.8 hatchback, ini adalah kereta buatan Jepun dengan harga yang berpatutan bagi C segmen.

Sila hubungi 017-2527340 untuk nasihat kenderaan, perbankan dan pembelian. Juga hubungi untuk sebarang tawaran yang berbeza setiap bulan.

Monday, 7 November 2011

Toyota C segment

Satu nama lagi yang sangat gah di Malaysia, Toyota. Terkenal kerana harga jualan semua sangat tinggi dan kurang kerosakan selepas membeli. Namun untuk C segmen kereta jenis ini agak kurang menarik kerana ia terlalu biasa untuk dilihat.



Namun Altis sangat selesa berbanding kereta C segmen lain yang mementingkan jiwa muda dan kelajuan. Altis bagaimanapun mempunyai sistem VSC atau Vehicle Stability Control yang mengawal kesabilan kereta berkenaan di selekoh walaupun sistem suspensinya agak selesa. Altis kini didatangkan dengan Dual VVT-i atau sistem variable valve control terbaru dari Toyota yang lebih efisyen dan menawarkan lebih kuasa.

Spesifikasinya agak rendah berbanding kereta C segmen import yang lain namun rekod Toyota yang menawarkan ketenagan bagi mereka yang memakainya tidak perlu memikirkan hal kerosakan atau sebarang masalah ketika menggunakan jenama ini. Bagi mereka yang tidak mementingkan gaya atau kepuasan memandu tetapi lebih mementingkan ketenangan memandu atau menyukai bentuk kereta ini, Anda boleh memiliki kenderaan ini dengan harga serendah RM 112,990.


RM 112,990 1.8E
RM 122,990 1.8G
RM 131,990 2.0V

Hubungi 017-2527340 untuk nasihat kenderaan, perbankan dan pengubahsuaian. Hubungi juga untuk sebarang tawaran berbeza setiap bulan.

Honda C segment

Honda adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia automotif dan telah menghasilkan banyak kenderaan yang memuaskan hati pelanggang. Honda C segmen di Malaysia cuma ada sebuah model tetapi pelbagai pilihan.




Didatangi dalam 3 pilihan iaitu 1.8s 1.8s-l dan 2.0 s. Di mana 1.8s tidak mempunyai tempat duduk kulit hanya fabric dan tiada butang mengawal radio pada steering kenderaan berkenaan. Beza 1.8 dan 2.0 boleh dilihat pada saiz rim di mana 1.8 menggunakan rim bersaiz 16 manakala 2.0 adala 17inci.

Honda terkenal dengan motonya "the power of dream". Jadi filosofi Honda tetap sama, kuasa dan kelajuan. Honda sangat mementingkan kuasa dan 'soul' yang ada dalam kereta dan enjinnya sehinggakan i-vtec yang diwujudkan untuk keselesaan dan penjimatan masih ada terasa lajakan apabila vtec mula dipacukan.

Kelajuan adalah tidak bermakna jika ia di jalan lurus sahaja, jadi Honda juga mementingkan kelajuan di selekoh dan Civic agak stabil di selekoh namun ia agak kurang selesa di jalan yang tidak rata kerana sistem suspensi yang agak keras.

Civic bukanlan kereta yang paling selesa untuk dipandu namun ia agak memuaskan untuk pemandu dan boleh diterima untuk penumpang. Nama Honda yang gah juga mampu membuat pemakai tersenyum walaupun kos penyelenggaraannya sedikit tinggi dari kereta yang sama dengan harganya.

RM 114,980 1.8s
RM 119,980 1.8s-l
RM 130,980 2.0s
RM 137,980 2.0 concept M seperti di gambar di atas

Hubungi 017-2527340 untuk nasihat kenderaan, perbankan dan pengubahsuaikan kenderaan. Hubuingi untuk sebarang tawaran jika ada.









Kereta berharga hampir RM200,000 yang datang hanya dengan 1 airbag, sistem suspensi yang sangat keras dan tak selesa, tanpa Vehicle Stability Assist (VSA), tanpa cruise control, tak ada fog lamp dan side mirrir turn light, dan tak ada leather seat! takde! semua di atas tidak ada dan kereta ini adalah manual dengan clutch yang agak keras!

Beli kereta mahal dan tak dapat bende mewah seperti di atas? kenapa macam ni?

Honda Civic Typer-R bukanlah dicipta untuk orang biasa yang selalunya memandu kereta biasa. Kereta jenis ini biasanya dibeli untuk satu tujuan iaitu berlumba! Dibeli oleh orang yang mempunyai "racing" dalam darahnya dan jiwanya yang kental itu bagai tertulis di dahinya. Ini bukanlah kereta automatik yang selesa dan laju seperti yang dibayangkan ramai orang. Ia tidak selesa untuk kegunaan harian kecuali bagi mereka yang setiap hari memandu dengan racing clutch pada kereta mereka dan adjustable suspension dengan setting rendah dan keras dan tayar yang nipis. Orang seperti ini akan mengatakan kereta ini selesa.

Jika anda menganggap kereta ini boleh dipandu oleh semua orang anda mungkin silap, jika anda tidak pernah memandu kereta yang dibuahsuai secara ekstrem anda mungkin mengalami sakit belakang dan bengkak yang tidak normal pada kaki kiri anda dan rakan atau keluarga anda tidak akan suka untuk berada dalam kenderaan anda. Kekasih anda mungkin akan meninggalkan anda dan nenek anda akan mengabaikan anda!!

Jika anda sering ke Sepang F1 Circuit, anda akan melihat banyak kereta jenis ini di kiri dan kanan anda kerana mereka yang memiliki kereta ini telah menjadikan tempat berkenaan sebagai tempat meletakkan kenderaan mereka dan kemudian menjalani latihan memandu di liter berkenaan!

RM 199,800 manual 6 kelajuan sahaja

Hubungi  017-2527340 untuk nasihat kenderaan, perbankan dan modifikasi!

Sunday, 6 November 2011

Proton Sedan C segment

Kereta jenis C segment atau kelas pertengahan bersaiz sederhana.Sesuai untuk mereka yang bercadang untuk memulakan keluarga atau baru sahaja berkeluarga. Mampu memuatkan 4 orang dewasa atau 3 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak, kenderaan ini sesuai untuk keluarga kecil atau mereka yang sering melakukan aktiviti luar yang memerlukan tempat duduk selesa untuk membawa rakan dan keluarga dan ruang tempat letak barang yang luas.


Di Malaysia kereta C segmen yang paling mampu milik adalah Proton Persona, satu-satunya kereta tempatan yang menawarkan saiz C segment dengan harga rendah, serendah RM46,499 untuk jenis manual yang paling asas.

Sentuhan Lotus telah mematangkan kawalan Proton pada masa kini dan kendalian Persona agak baik dan agak selesa walaupun ia berharga sekitar RM50,000 sahaja dibandingkan dengan kereta Malaysia lain yang leb harih kurang harganya tetapi kurang stabil darinya dan tidak mempunyai ruang yang lebih luas dari Persona. Walaubagaimana pun ABS dan EBD cuma ditawarkan pada H-line sahaja manakala Airbag ditawarkan untuk M dan H line.


Dari bayaran RM 4++ hinggalah RM600 sebulan dan kemudahan 0-downpayment untuk beberapa model dan juga "graduation scheme". Ini adalah kenderaan mampu milik untuk anda yang mementingkan rakan-rakan dan keluarga.

RM 46,499 (m) RM 49,499 (a) untuk Base Line
RM 52,499 (m) RM 55,999 (a) untuk Medium Line
RM59,499 (a) untuk High Line

Hubungi 017-2527340 untuk sebarang nasihat kenderaan, perbankan dan pengubahsuaian dan tawaran berbeza yang menanti anda setiap bulan!






Proton telah mengambil langkah untuk kembali menjual kereta Mitsubishi kembali dan menukar logo kepada Proton. Kali ini Mitsubishi Lancer menjadi pilihan Proton dan menukarnya menjadi Inspira. Dan disebabkan Lotus dan R3 masing-masing telah bekerjasama dengan Proton, Inspira terbukti lebih baik dari Lancer di Malaysia. Sistem suspensi diubahsuai menjadikan ianya cukup selesa untuk jalan di Malaysia dan oleh kerana Lotus pakar dalam kawalan kenderaan, Inspira lebih stabil dari Lancer kini.

1.8 manual Inspira dikatakan model terbaik kerana Lancer tidak menjual model manual dan walaupun ia 1.8liter, model ini dikatakan lebih responsive dan lebih pantas dari 2.0 CVT. Lagipun CVT memang tidak direka untuk responsive atau kelajuan kerana CVT lebih kepada penjimatan dan efficiency.

Jika anda bukan seorang yang aggresif dan bukan seorang yang memandu laju melewati selekoh-selekoh tajam, CVT adalah terbaik kerana ia menjimatkan, Jika sebaliknya, pilihlah model manual.

RM78,999 untuk 1.8 manual
RM84,999 untuk 1.8 CVT (auto)
RM91,999 untuk 2.0CVT (auto)

Hubungi 017-2527340 untuk nasihat kenderaan dan perbankan atau pengubahsuaian. Juga hubungi untuk sebarang tawaran berbeza setiap bulan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews